You may contact me here!

Saturday, March 20, 2021

FARAJ LONGGAR: MITOS DAN FAKTA - ADAKAH BENAR SERING BUAT HUBUNGAN INTIM PUNCA FARAJ MENJADI LONGGAR?

 

FARAJ LONGGAR: MITOS DAN FAKTA - ADAKAH BENAR SERING BUAT HUBUNGAN INTIM PUNCA FARAJ MENJADI LONGGAR?

Masalah faraj longgar merupakan masalah bagi ramai wanita selepas melahirkan anak. Namun demikian, perkara itu kurang diberikan perhatian kerana ramai yang malu atau kurang pemahaman mengenainya.

Lebih kurang 50% wanita menyatakan kebimbangan terhadap masalah faraj longgar tetapi cuma 20% telah mendedahkan hal tersebut dengan pakar perubatan.

Biasanya, aduan pesakit ialah kurangnya “rasa” penetrasi semasa menjalankan hubungan kelamin.

Ada pihak yang mendakwa bahawa masalah ini berpunca daripada kerap melakukan hubungan seks. Tetpai adakah kenyataan ini berdasarkan fakta ataupun merupakan mitos semata-mata?

Faktor Usia Meningkat & Hormon Estrogen Menurun

Sebenarnya, faraj adalah struktur yang bersifat elastik dan fleksibel. Tetapi dengan peningkatan usia (40an ke atas), hormone estrogen dalam badan akan menurun sehingga masuk fasa menopaus. Akibatnya faraj akan menjadi lebih nipis dan kering, kurang elastik dan juga kurang anjal.

Kelahiran Anak (Bayi)

Sewaktu bersalin,otot faraj anda akan meregang secara maksimum supaya bayi boleh keluar melalui saluran kelahiran. Selepas bersalin, anda sudah pasti akan rasakan yang faraj anda lebih longgar berbanding sebelum ini. Hakikatnya, faraj anda juga akan menjadi semakin longgar selepas kelahiran anak-anak yang seterusnya.

Suami atau kekasih anda mungkin tidak suka atau bisa melakukan hubungan intim kerana merasakan faraj cik puan longgar dan tidak memberikan kenikmatan. Ini sudah pasti akan mencacatkan kehidupan seks dan hubungan intim suami isteri.

Jadi, Persoalannya -Bagaimanakah Cik Puan Boleh Mengetatkan Otot Faraj & Meremajakan Kerupaan Faraj?

Bagi wanita yang masih muda dan belum lagi bersedia untuk menjalankan prosedur pembedahan, rawatan terapi laser atau readiofrequency faraj boleh dipertimbangkan. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser merancakkan pengeluaran kolagen dan elastin yang dapat membantu menguatkan saluran faraj. Namun demikian, kaedah laser kurang berkesan bagi kes kelonggaran yang lebih serius.

Pembedahan merupakan cara yang paling efektif bagi mengetatkan faraj. Antara prosedur yang boleh dilakukan adalah vaginoplasty dan labiaplasty. Kedua-dua prosedur ini bertujuan dapat mengetatkan kembali dinding dan otot faraj selain meremajakan rupa luaran faraj yang mempunyai tisu yang berlebihan.



Pembedahan Vaginoplasty



Pembedahan Labiaplasty



Pembedahan Labiaplasty & Vaginoplasty oleh Dr Khoo

Terdapat juga prosedur lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki faraj seperti hymenoplasty atau revirgination. Artikel berikutnya ditulis oleh pengarang Dr Khoo Lee Seng sendiri.

https://www.thepmfajournal.com/features/features/post/hymenoplasty-and-virginity-an-issue-of-socio-cultural-morality-and-medical-ethics

Objektif hymenoplasty (dan revirgination) adalah untuk memperbaiki selaput dara dan mengembalikan bentuk asalnya. Dari segi pandangan budaya dan agama tradisional, selaput dara merupakan lambang perawanan bagi setiap perempuan. Selaput dara boleh terkoyak semasa melakukan hubungan seks, melakukan aktiviti lasak seperti sukan atau menggunakan tampon semasa kedatangan haid. 

Walaupun terdapat isu kontroversi, kaedah tersebut dilakukan untuk mengembalikan virginity atau kedaraan seorang gadis secara pembedahan.

Selain itu, wujud juga prosedur mendedahkan sktruktur klitoris wanita yang terlindung yang dipanggil “clitoral dehooding” bagi membolehkan wanita mencapai kepuasan maksimum semasa melakukan hubungan intim dengan suami atau kekasih. Salah satu lagi prosedur yang popular adalah G-shot di mana doctor akan menguatkan G-spot dengan Platelet Rich Plasma (PRP), lemak atau filler supaya wanita dapat sensasi yang lebih sempurna semasa menjalankan hubungan kelamin.


Pembedahan Clitoral Dehooding

 



G Shot (juga dikenali sebagai O Shot atau Orgasm Shot)

Selaras dengan proses penuaan, wanita akan kehilangan tisu lemak bukan sahaja dari muka dan susu labung tetapi juga dari bahagian kelamin.

Pemindahan lemak merupakan satu kaedah yang selamat bagi mengembalikan kemontokan dan kemudaan mons pubis dan labia luaran. Lemak yang diekstrak dari bahagian-bahagian badan yang lain seperti bahagian bawah abdomen, pinggul atau punggung boleh digunakan untuk mengisi mons pubis dan labia luaran bagi mengembalikan penampilan yang muda dan lembut.

 

#farajlonggar #mitos&fakta #farajbecak #vaginaltightening #vaginoplasty #labiaplasty #gshot #oshot #vaginalrejuvenation #clitoraldehooding #meremajakanfaraj #hubungansuamiisteri #skincheckmalaysia #drleesengkhoo

Ikuti kita di https://www.facebook.com/skincheckmalaysia/ dan juga di Instagram #skincheckmalaysia88 #drleesengkhoo

Sila buat temu janji rawatan berkaitan prosedur mengetatkan faraj selepas bersalin (invasif dan non-invasif).

Hantarkan mesej Whatsapp +6014 2006558 atau telefon 03-5621 1909. Anda juga boleh menghantar email kepada: contact@skincheckmalaysia.com

 

Yang Benar,

 

Dr Lee Seng Khoo

 

 

 

Buyer's Regret After Breast Augmentation Surgery ?

BREAST AUGMENTATION SURGERY (IMPLANTS) Breast augmentation has been steadily rising in demand worldwide. The majority of breast augmentation...