FARAJ LONGGAR: MITOS DAN FAKTA - ADAKAH BENAR SERING BUAT
HUBUNGAN INTIM PUNCA FARAJ MENJADI LONGGAR?
Masalah faraj longgar merupakan masalah bagi ramai wanita selepas
melahirkan anak. Namun demikian, perkara itu kurang diberikan perhatian kerana
ramai yang malu atau kurang pemahaman mengenainya.
Lebih kurang 50% wanita menyatakan kebimbangan terhadap
masalah faraj longgar tetapi cuma 20% telah mendedahkan hal tersebut dengan pakar
perubatan.
Biasanya, aduan pesakit ialah kurangnya “rasa” penetrasi
semasa menjalankan hubungan kelamin.
Ada pihak yang mendakwa bahawa masalah ini berpunca daripada
kerap melakukan hubungan seks. Tetpai adakah kenyataan ini berdasarkan fakta
ataupun merupakan mitos semata-mata?
Faktor Usia Meningkat & Hormon Estrogen Menurun
Sebenarnya, faraj adalah struktur yang bersifat elastik dan
fleksibel. Tetapi dengan peningkatan usia (40an ke atas), hormone estrogen dalam
badan akan menurun sehingga masuk fasa menopaus. Akibatnya faraj akan menjadi
lebih nipis dan kering, kurang elastik dan juga kurang anjal.
Kelahiran Anak (Bayi)
Sewaktu bersalin,otot faraj anda akan meregang secara
maksimum supaya bayi boleh keluar melalui saluran kelahiran. Selepas bersalin,
anda sudah pasti akan rasakan yang faraj anda lebih longgar berbanding sebelum ini.
Hakikatnya, faraj anda juga akan menjadi semakin longgar selepas kelahiran anak-anak
yang seterusnya.
Suami atau kekasih anda mungkin tidak suka atau bisa
melakukan hubungan intim kerana merasakan faraj cik puan longgar dan tidak
memberikan kenikmatan. Ini sudah pasti akan mencacatkan kehidupan seks dan hubungan
intim suami isteri.
Jadi, Persoalannya -Bagaimanakah Cik Puan Boleh Mengetatkan
Otot Faraj & Meremajakan Kerupaan Faraj?
Bagi wanita yang masih muda dan belum lagi bersedia untuk
menjalankan prosedur pembedahan, rawatan terapi laser atau readiofrequency
faraj boleh dipertimbangkan. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser
merancakkan pengeluaran kolagen dan elastin yang dapat membantu menguatkan
saluran faraj. Namun demikian, kaedah laser kurang berkesan bagi kes kelonggaran
yang lebih serius.
Pembedahan merupakan cara yang paling efektif bagi
mengetatkan faraj. Antara prosedur yang boleh dilakukan adalah vaginoplasty dan labiaplasty.
Kedua-dua prosedur ini bertujuan dapat mengetatkan kembali dinding dan otot faraj
selain meremajakan rupa luaran faraj yang mempunyai tisu yang berlebihan.
Pembedahan Vaginoplasty
Pembedahan Labiaplasty
Pembedahan Labiaplasty & Vaginoplasty oleh Dr Khoo
Terdapat juga prosedur lain yang boleh dilakukan untuk
memperbaiki faraj seperti hymenoplasty atau revirgination. Artikel
berikutnya ditulis oleh pengarang Dr Khoo Lee Seng sendiri.
Objektif hymenoplasty (dan revirgination) adalah untuk
memperbaiki selaput dara dan mengembalikan bentuk asalnya. Dari segi
pandangan budaya dan agama tradisional, selaput dara merupakan lambang perawanan
bagi setiap perempuan. Selaput dara boleh terkoyak semasa melakukan hubungan seks,
melakukan aktiviti lasak seperti sukan atau menggunakan tampon semasa
kedatangan haid.
Walaupun terdapat isu kontroversi, kaedah tersebut dilakukan
untuk mengembalikan virginity atau kedaraan seorang gadis secara pembedahan.
Selain itu, wujud juga prosedur mendedahkan sktruktur klitoris
wanita yang terlindung yang dipanggil “clitoral dehooding” bagi membolehkan
wanita mencapai kepuasan maksimum semasa melakukan hubungan intim dengan suami
atau kekasih. Salah satu lagi prosedur yang popular adalah G-shot di
mana doctor akan menguatkan G-spot dengan Platelet Rich Plasma (PRP), lemak
atau filler supaya wanita dapat sensasi yang lebih sempurna semasa menjalankan
hubungan kelamin.
Pembedahan Clitoral Dehooding
G Shot (juga dikenali sebagai O Shot atau Orgasm Shot)
Selaras dengan proses penuaan, wanita akan kehilangan tisu
lemak bukan sahaja dari muka dan susu labung tetapi juga dari bahagian kelamin.
Pemindahan lemak merupakan satu kaedah yang selamat bagi mengembalikan
kemontokan dan kemudaan mons pubis dan labia luaran. Lemak yang diekstrak dari
bahagian-bahagian badan yang lain seperti bahagian bawah abdomen, pinggul atau
punggung boleh digunakan untuk mengisi mons pubis dan labia luaran bagi
mengembalikan penampilan yang muda dan lembut.
#farajlonggar #mitos&fakta #farajbecak #vaginaltightening #vaginoplasty #labiaplasty #gshot #oshot #vaginalrejuvenation #clitoraldehooding #meremajakanfaraj #hubungansuamiisteri #skincheckmalaysia #drleesengkhoo
Ikuti kita di https://www.facebook.com/skincheckmalaysia/ dan
juga di Instagram #skincheckmalaysia88 #drleesengkhoo
Sila buat temu janji rawatan berkaitan prosedur mengetatkan
faraj selepas bersalin (invasif dan non-invasif).
Hantarkan mesej Whatsapp +6014 2006558 atau telefon 03-5621
1909. Anda juga boleh menghantar email kepada: contact@skincheckmalaysia.com
Yang Benar,
Dr Lee Seng Khoo