Salah satu kemahiran yang diperlukan oleh doktor bedah kosmetik adalah kemampuan untuk menyesuaikan prosedur pembedahan payudara untuk pesakit golongan Asia. Ukuran badan golongan pesakit Asia dan tekstur kulit mereka berbeza dengan pesakit Eropah dan merupakan faktor yang kritikal ketika membuat keputusan mengenai implan payudara.
Kebanyakan wanita Asia memiliki ketinggian yang lebih
rendah, bentuk badan yang lebih mungil dan juga saiz payudara yang lebih kecil
berbanding dengan wanita Eropah. Implikasinya adalah doktor bedah mesti menggunakan
implan yang lebih kecil daripada yang akan digunakan untuk wanita Barat.
Contohnya, implan untuk membesarkan payudara wanita Asia menjadi Cawan (Cup) A
atau B sudah cukup untuk menjadikan mereka lebih feminin, dengan penampilan
yang dianggap ‘natural’ atau semula jadi. Peningkatan ukuran cawan C atau D
mungkin terlampau besar untuk tubuh segolongan wanita Asia dan akan memberikan
penampilan yang kurang natural.
Golongan pesakit Asia juga memiliki kecenderungan bekas luka
yang timbul dan berpigmen. Kulit orang Asia lebih halus dan itu merupakan salah
satu sebabnya wanita Asia sering kelihatan anggun walaupun dalam fasa penuaan
40an dan 50an. Walaupun ini boleh dianggap sebagai satu kelebihan, tetapi dalam
pembedahan payudara, doktor bedah harus berhati-hati untuk mengelakkan parut yang
prominen. Wanita Asia juga suka merahsiakan prosedur kosmetik. Justeru itu, bekas
luka yang terserlah boleh mengakibatkan ketidakpuasan pesakit.
Bagi mengelakkan bekas lupa yang prominen, doctor bedah mesti
membuat sayatan yang tepat dan sesuai untuk tubuh pesakit. Terdapat pelbagai pilihan
untuk penempatan sayatan contohnya yang paling popular adalah di bawah lipatan
payudara kerana sayatan tersebut tersembunyi dalam lipatan semulajadi payudara.
Ada juga doktor bedah yang membuat sayatan lingkaran sekitar puting atau di
lipatan ketiak. Terdapat kelebihan
dan kekurangan bagi setiap sayatan pembedahan yang terbabit.
Pilihan implan yang digunakan untuk pembesaran payudara wanita
Asia mengikuti prinsip perancangan dan pengukuran tisu yang disyorkan untuk membantu
pilihan implan yang sesuai. Bagi wanita Asia yang mahukan penampilan susu
labung yang lebih penuh dan terserlah, doktor bedah akan mengesyorkan implan
silikon bulat yang berprofil tinggi. Bagi golongan yang mahukan penampilan yang
lebih semulajadi; implan Ergonomix atau implan yang berbentuk air mata (teardrop)
boleh digunakan. Cantuman lemak atau “fat grafting” boleh digabungkan dengan
pembedahan payudara (dipanggil Hybrid Breast Augmentation) untuk penampilan
yang paling natural.
Sekiranya anda mempertimbangkan pembesaran payudara tetapi
mempunyai keraguan atau kebimbangan, sila hubungi kita untuk berbincang mengenai
pilihan implan dan kaedah pembedahan yang paling sesuai. Hubungi Skin Check Malaysia
untuk menempah konsultasi peribadi hari ini.
Ikuti kami di laman media sosial untuk informasi koleksi
terbaharu dan aktiviti kami sepanjang tahun.
Terima kasih kerana menyokong.
Jangan lupa 'follow'!
Laman Facebook
http://www.facebook.com/skincheckmalaysia
Saluran Youtube
https://www.youtube.com/channel/UC0e-MVsbvezsTCxtfkNiu2A
Instagram
http://instagram.com/skincheckmalaysia88
No comments:
Post a Comment